|
Laman Web Komuniti Perpustakaan Jalurlebar Tokai adalah satu pendekatan dalam merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan Teknologi ICT. Dengan adanya laman web ini diharap Komuniti terdedah dengan segala maklumat dalam merentas era Teknologi ICT. Projek Perpustakaan Jalur Lebar ini adalah inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Perpustakaan Jalur Lebar Tokai |
Malaysia sedang mengorak langkah dalam era teknologi moden dan canggih. Di dalam era globalisasi hari ini, Masyarakat sedikit sebanyak terdedah dengan tempias arus penyebaran maklumat secara Interaktif. Amnya, semakin ramai penduduk di Malaysia telah menggunakan Internet samada secara sedar atau tidak sedar. Ini kerana kebanyakkan aktiviti seharian kita pada masa kini melibatkan penggunaan internet. Justeru itu, Perpustakaan Desa Tokai telah dinaik taraf menjadi Perpustakaan JalurLebar Tokai kerana diberi kemudahan Internet. Kemudahan ini adalah atas usaha kerajaan untuk Merapatkan Jurang Digital di kalangan komuniti desa. Usaha merapatkan jurang digital diantara penduduk menjadi begitu penting untuk mengelakkan wujudnya ketidakseimbangan sosioekonomi yang ketara di antara penduduk di bandar dan kawasan luar bandar. ini akan menberi kesan kepada golongan masyarakat yang terpinggir dalam arus pembangunan ICT. Penubuhan banyak Perpustakaan JalurLebar untuk rakyat adalah antara usaha pihak kerajaan bagi merapatkan jurang digital serta melahirkan modal insan yang celik IT dan berkualiti tinggi di dalam dalam industri ICT. |
|
Terakhir dikemaskini ( Selasa, 23 Mac 2010 )
|