| Sejarah |
|
Kandungan Sejarah SEJARAH MUKIM BUKIT RAYA Nama Bukit Raya berasal dari nama sebuah bukit diKampung Bukit Raya Dalam.Kajian sejarah orang tua-tua dan dari pendapat Tuan Haji Salleh bin Hj Puteh,nama Kampung Bukit Raya diambil dari perkataan Bukit Raja.Nenek beliau pernah bekerja dengan keluarga diRaja Kedah sekitar Tahun 1840. Kekanda sulong kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah(Raja Memerintah Negeri Kedah Darul Aman),yang bernama Tengku Rahimah telah membina sebuah Istana diatas sebuah bukit di kampung ini,lalu bukit tersebut dinamakan Bukit Raja,tapak istana lama telah dirobohkan dan Kerajaan telah membina Komplek BERNAS,dan Pada Tahun 2006 dirobohkan lagi dan sekarang dibina Komplek baru oleh AlBukhary Holding yang telah membeli BERNAS. Bukit Raja telah popular dengan Bukit Raya apabila pengaruh Siam yang memerintah Kedah ketika itu(Sebutan huruf J bertukar kepada sebutan Y),dan pertalian kekeluargaan dengan penduduk diselatan Thailand masih wujud hingga kini,dan kampung-kampung yang terlibat seperti Senggora,Kg,Alor Ali,TokPauh,Kg,Rambai dan Kampung Alor Mengkuang.Dan sebahagian orang tua tua masih boleh bertutur bahasa siam di Kampung tersebut.
Info dari Fail Penghulu Mukim Bukit Raya.
|
|
| Terakhir dikemaskini ( Selasa, 28 April 2009 ) |
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
Sejarah