Wanita

Golongan wanita merupakan antara yang aktif di kawasan Pekan Tokai ini. bermacam-macam aktiviti dijalankan oleh golongan wanita di sini. Aktiviti-aktiviti untuk golongan wanita ini pula disokong oleh badan-badan kerajaan antaranya Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

BADAN-BADAN KERAJAAN YANG TERLIBAT

 Image
 Image

Pendidikan Kemahiran merupakan aktiviti yang disediakan oleh KEMAS kepada golongan wanita disini. Aktiviti ini bertujuan memberi kemahiran dalam pelbagai jurusan secara non-formal khususnya kepada masyarakat luar bandar untuk meningkatkan kualiti hidup dan memupuk budaya niaga.

Kelas belajar menjahit adalah pendidikan kemahiran yang dijalankan oleh KEMAS di Pekan Tokai ini. Ia menjadi tarikan kepada golongan wanita disini untuk menambah ilmu pengetahuan mengenai teknik-teknik jahitan. Kelas belajar menjahit ini dikelolakan oleh Pn. Nelti Yanis Bt Saujar iaitu tenaga pengajar yang disediakan oleh KEMAS untuk mengajar ilmu jahitan pakaian kepada golongan wanita sekitar kawasan Pekan Tokai 

Untuk menyertai kelas jahitan ini dikenakan bayaran sebanyak RM10 untuk pendaftaran keahlian dan RM5 sebulan untuk yuran keahlian. Kebiasaannya, pengambilan ahli dijalankan pada awal tahun sahaja. Aktiviti kelas jahitan pula bermula pada hari Ahad hingga Rabu dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Untuk maklumat lanjut berkaitan Kelas menjahit ini, boleh berhubung terus ke alamat berikut:

 

KELAS BELAJAR MENJAHIT (KEMAS) PEKAN TOKAI,

PEJABAT PENGHULU MUKIM BUKIT RAYA,

06660, ALOR SETAR KEDAH.

 Image
 Belajar Teknik Menjahit
 Image
Menggunakan Peralatan Menjahit 
 Image
 Peralatan Menjahit yang tersedia
 Image
 Aktiviti-aktiviti Menjahit Pakaian

Selain aktiviti kelas menjahit, golongan wanita disini juga terlibat dengan aktiviti yang dijalankan oleh Amanah Iktiar Malaysia.

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

Merupakan sebuah badan Amanah Persendirian yang ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM dan didaftarkan di bawah Akta Amanah (Pemerbadanan) 1952 (pindaan 1981)(Akta 258). Penubuhan AIM dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM), Kerajaan Negeri Selangor dan Pusat Pembangunan Asia Pasifik.

Objektif penubuhan AIM ialah untuk mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui pengeluaran Pembiayaan Ikhtiar kepada isi rumah miskin di luar bandar untuk membiayai kegiatan-kegiatan yang menambahkan pendapatan.

Amanah Iktiar menyediakan perkhidmatan pinjaman kepada golongan wanita disini untuk tujuan memulakan perniagaan kecil-kecilan. Dengan membuat pinjaman melalui amanah iktiar, mereka perlu membuat bayaran balik setiap minggu mengikut kadar pinjaman yang dibuat melalui perjumpaan ahli setiap minggu.

Perjumpaan ini didakan di Dewan Orang Ramai Pekan Tokai setiap Khamis. Perjumpaan pula diadakan mengikut kumpulan-kumpulan peminjam yang telah diatur oleh Amanah Ikhtiar. Untuk maklumat lanjut mengenai Amanah Iktiar, boleh berhubung terus dengan Pegawai Amanah Ikhtiar pada hari Khamis dari jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi di Alamat berikut:

DEWAN ORANG RAMAI PEKAN TOKAI,

PEJABAT PENGHULU MUKIM BUKIT RAYA,

06660, ALOR SETAR, KEDAH.

 

Aktiviti Membuat Bubur Asyura

Selain mengadakan aktiviti pembelajaran menjahit, Golongan wanita disini juga aktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti luaran. Contohnya pada 12 Januari 2009 yang lalu, golongan wanita disini mengadakan aktiviti membuat Bubur Asyura.  Aktiviti ini adalah aktiviti sampingan yang mana bertujuan untuk merapatkan lagi silaturahim antara wanita-wanita di kawasan ini.

Gambar Aktiviti membuat Bubur Asyura
 Image
 Image
 
Terakhir dikemaskini ( Selasa, 05 Mei 2009 )
 
< Prev   Seterusnya >

Jam



Waktu Solat

Kalendar