Belia Harapan

BELIA

Belia merupakan golongan pelapis pemerintahan negara. Belia memainkan peranan penting dalam negara. Sehingga kini, Isu belia sering diperbahaskan kerana belia-belia sekarang ini dilihat sering terjebak di dalam masalah sosial. Oleh yang demikian, Pelbagai aktiviti-aktiviti belia perlu ditingkatkan untuk mengatasi masalah-masalah belia dan gejala sosial dilkalangan mereka dapat dihindarkan agar hasrat untuk membentuk modal insan tercapai.

 

Di Kawasan Pekan Tokai ini, terdapat banyak aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh golongan belia untuk mengisi masa lapang. Antara angtiviti yang popular ialah Permaianan Sepak Raga Tuju. Ianya sering dimainkan sebelah petang oleh kelompok-kelompok remaja di kawasan lapang. Antara kawasan yang menjadi tumpuan ialah rumah individu-individu tertentu yang menyediakan tapak untuk permainan ini, Kawasan lapang disekitar Taman Perumahan dan sebagainya lagi.

Aktiviti sepak raga tuju ini selalunya bermula sekitar jam 4.30 petang sehingga pukul 7 malam. Ada sesetengah tempat yang yang menjalankan aktiviti sepak raga tuju ini diwaktu malam. Biasanya dimainkan di rumah penduduk yang menyediakan kawasan permainan serta kemudahan lampu. Permainan diwaktu malam seperti ini hanya dimainkan pada malam jumaat sahaja kerana keesokkan harinya cuti hari minggu.

Image
Image

Selain itu, Permainan Badminton juga menjadi perhatian golongan belia di kawasan ini. Dewan Persatuan Cina di pekan Tokai ini menyediakan gelanggang badminton kepada komuniti disini. Kadar bayaran sewa gelanggang dikenakan memgikut tempoh masa yang diperlukan. Kadar sewa gelanggang untuk tempoh satu jam adalah seperti berikut:

KADAR BAYARAN UNTUK TEMPOH 1 JAM PERMAIANAN

RM 4 - Untuk penggunaan gelanggang diwaktu siang

RM 6 - Untuk penggunaan gelanggang diwaktu Malam

 

 Image
 Dewan Persatuan Cina Pekan Tokai

 Image
 Image
 Aktiviti Permaianan Badminton

Terakhir dikemaskini ( Selasa, 05 Mei 2009 )
 
< Prev   Seterusnya >

Jam



Waktu Solat

Kalendar