Kemudahan Asas

KEMUDAHAN ASAS.

Kemudahan asas merupakan elemen penting yang perlu ada di sesuatu tempat. Kemudahan asas juga dapat membantu komuniti untuk memudahkan aktiviti harian tanpa sebarang masalah. Antara kemudahan yang ada di sekitar kawasan Pekan Tokai adalah seperti berikut: 

 

PUSAT PENTADBIRAN MUKIM (PEJABAT PENGHULU)

Sebelum 1.1 1980, Penghulu Mukim berpejabat di rumah sendiri iaitu di rumah Penghulu Md Arshad (Bekas Penghulu Bukit Raya) berhadapan dengan stesen Keretapi Pekan tokai (Jln Kampung.30 Relong) Tokai. Mulai 1.1.1980, Pejabat Penghulu Mukim Bukit Raya telah dibuka di Dewan Pekan Tokai, Jln Kg Pulai (berhadapan Taman Bunga Raya). Bangunan ini telah dibina oleh kerajaan semasa Pilihanraya kecil DUN Bukit Raya dan di atas tanah milik kerajaan. Kemudian Dewan Ini diubahsuai menjadi Pejabat Penghulu Mukim sehingga sekarang.

 

  Image
Pejabat Penghulu Mukim Bukit Raya
Pekan Tokai, 06660 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

 

DEWAN ORANG RAMAI PEKAN TOKAI.

Dewan orang ramai Pekan Tokai terletak di dalam kawasan Pejabat Penghulu Mukim Bukit Raya. Ianya juga bersebelahan dengan Perpustakaan Jalur Lebar Tokai. Dewan ini digunakan untuk aktiviti keraimai yang membabit kan komuniti di sini. Aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti sukaneka, Perjumpaan komuniti, aktiviti gotong royong kebiasaannya menggunakan dewan ini.

 Image
 Dewan Orang Ramai Pekan Tokai

 

PEJABAT POS

Di Pekan Tokai tidak terdapat kemudahan Pejabat Pos. Namun begitu, komuniti sekitar Pekan Tokai dapat mengunakan kemudahan pejabat pos yang terletak di Pekan Simpang Empat yang mana antara pekan yang berhampiran dengan Pekan Tokai. Jarak diantara Pejabat Pos Simpang Empat dengan Pekan Tokai dalam lingkungan 3 Kilometer.

 Image
 Pejabat Pos Simpang Empat

 

TEMPAT MENUNGGU BAS

 Kemudahan tempat menunggu bas disediakan oleh Majlis Perbandaran Pendang untuk kemudahan komuniti setempat untuk menunggu bas. Tempat menunggu bas ini kebiasaannya dibina di tempat-tempat yang strategic seperti di hadapan sekolah, Pasar, Masjid dan sebagainya lagi.

 Image
 Tempat Menunggu Bas Pekan Tokai

 

PERKHIDMATAN BAS PENGANTARA.

Perkhidmatan bas yang melalui kawasan Pekan Tokai ini ialah Perkhidmatan Bas Mara. Untuk ke Pekan Tokai dengan perkhidmatan bas, Pengguna perlu menggunakan perkhidmatan bas Mara dari Shahab Perdana ke Pendang yang mana bas itu akan menggunakan laluan Pekan Tokai.

 Image
 Perkhidmatan Bas MARA

PONDOK TELEFON

Kemudahan pondok telefon di sekitar Pekan Tokai sekurang-kurangnya dapat membantu komuniti yang kurang berkemampuan memiliki telefon rumah untuk menggunakan perkhidmatan telefon. Ada beberapa buah pondok telefon telah disediakan.

 Image
 Pondok Telefon

MASJID

Masjid merupakan tempat ibadat untuk komuniti yang beragama Islam. Di Pekan Tokai ini, Masjid Pekan Tokai menjadi rumah ibadat untuk masyarakat beragama Islam di sini. Memandangkan majoriti masyarakat disini beragama Islam. Permohonan untuk pembinaan masjid baru telah mendapat perhatian dari pihat terbabit. Pembinaan masjid baru ini bertujuan untuk menampung jumlah jemaah masjid yang semakin meningkat. Justeru it, Pembinaan Masjid baru Pekan Tokai giat dijalankan dan berkemungkinan dapat digunakan menjelang Hari Raya Aidil Adha akan datang.

 Image
 Papan Tanda Masjid
Image 
 Masjid Pekan Tokai
Image 
 Projek Masjid Baru
Image 
 Masjid Baru dalam pembinaan

PASAR BASAH

Pasar basah atau panggilan oleh komuniti disini sebagai ‘Market’ terletak bersebelahan dengan Perpustakaan Jalur Lebar Tokai. Untuk komuniti yang meninginkan sumber makanan basah seperti Ikan, Ayam dan sayur-sayuran dan sebagainya lagi  boleh didapati disini.

 Image
 Pasar Basah

 

KEDAI RUNCIT

Banyak kedai runcit di sekitar Pekan Tokai, Kemudahan kedai runcit ini standing dengan pasaraya kerana menjual pelbagai jenis barangan kegunaan harian kepada penduduk. Hal ini juga membantu komuniti sekitar Pekan Tokai mencari barang keperluan tanpa perlu pergi ke Pasaraya Besar yang terletak di Bnadaraya Alor Setar

 Image
 Kedai Runcit

STESEN MINYAK

Ada sebuah sahaja stesen minyak di Pekan Tokai ini iaitu Stesen Minyak Petronas. Terletak 500 Meter dari Pekan Tokai. Komuniti disini kebanyakkannya mengisi petrol kenderaan mereka di petronas ini. Selain itu Terdapat  2 lagi stesen minyak alternative yang boleh digunakan oleh komuniti Pekan Tokai Iaitu Stesen Minyak SHELL dan Caltex di Pekan Simpang Empat. Jarak dari Pekan Tokai dalam lingkungan 3.5 Kilometer.

 Image
 Stesen Minyak Petronas Tokai

 

 

 

Terakhir dikemaskini ( Selasa, 05 Mei 2009 )
 
< Prev   Seterusnya >

Jam



Waktu Solat

Kalendar