|
Kesihatan adalah perkara penting dalam kehidupan. Menjaga kesihatan adalah amalan dan gaya hidup yang disarankan oleh kerajaan bagi memastikan rakyat Malaysia hidup sihat. Bagi memastikan hasrat kerajaan tercapai. Pelbagai inisiatif telah diberikan oleh kerajaan kepada rakyat. Bagi komuniti desa, penubuhan Klinik Desa Tokai telah memberi semangat baru kepada komuniti sekitar Pekan Tokai. Masalah kesihatan boleh dirujuk kepada petugas Klinik Desa Tokai. Bagaimanapun kemudahan yang disediakan di klinik desa agak terhad untuk sebarang pemeriksaan kesihatan yang rumit. | Klinik Desa Tokai06660, PendangKedah.04-7644292 |
Selain Klinik Desa Tokai, komuniti disekitar Pekan Tokai juga boleh mendapatkan rawatan kesihatan di Klinik Kesihatan Simpang Empat. Jarak dari Pekan Tokai adalah sekitar 2 KM. Pelbagai kemudahan kesihatan disediakan oleh Kementerian Kesihatan di Klinik Kesihatan Simpang Empat ini. Ia juga menyediakan pelbagai kemudahan pemeriksaan kesihatan seperti pemeriksaan pergigian, pemeriksaan untuk ibu-ibu yang mengandung, pemeriksaan darah, rawatan untuk kecederaaan kecil dan sebagainya lagi. Selain menyediakan kemudahan rawatan, Klinik Kesihatan Simpang Empat juga menjalankan aktiviti senaman kesihatan. Bagi warga emas sekitar Pekan Tokai dapat menyertai aktiviti senaman pagi khas untuk warga emas di Klinik Kesihatan Simpang Empat. | Klinik Kesihatan Simpang Empat |
|
|
Terakhir dikemaskini ( Isnin, 04 Mei 2009 )
|