| Info CBL |
|
Maklumat/info mengenai CBL Lokasi Perpustakaan Desa Tokai terletak di dalam daerah Pendang yang merangkumi kawasan seluas 63540.4 hektar. Ianya terdiri daripada 8 mukim iaitu Mukim Ayer Putih, Bukit Raya, Guar Kepayang, Padang Kerbau, Padang Peliang, Padang Pusing, Rambai dan Tobiar. Daerah Pendang terletak dibahagian tengah Negeri Kedah Darul Aman. Ia juga bersempadan dengan Daerah Sik dan Padang Terap di bahagian Timur, Daerah KOta Setar di bahagian Utara, Daerah Yan di bahagian Barat serta Daerah Kuala Muda di bahagian Selatan.
Perpustakaan Desa Tokai telah dibina pada tahun 2006 diatas tanah milik kerajaan di dalam kawasan Pejabat Penghulu mukim Bukit Raya. Perpustakaan ini mula beroperasi pada Ogos 2007. Tujuan Pembinaan perpustakaan ini adalah untuk memberi kemudahan kepada komuniti disekitar kawasan ini untuk menjana ilmu pengetahuan melalui pembacaan. Selaian itu, fungsi utama perpustakaan desa ini adalah untuk menyemai sikap minat membaca dikalangan komuniti. komuniti hanya perlu mendaftar sebagai ahli Perpustakaan Desa Tokai jika ingin membuat pinjaman buku dan keahlian adalah PERCUMA.Caj hanya dikenakan jika terdapat kehilangan keatas buku yang dipinjam.
Sehubungan dengan itu, Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia berhad (TM) telah menaiktarafkan Perpustakaan ini menjadi Perpustakaan JalurLebar melalui pemberian kemudahan komputer dan talian internet untuk komuniti di kawasan ini menimba ilmu berkaitan ICT. Perpustakaan JalurLebar Tokai menyediakan pelbagai aktiviti pembelajaran berkaitan ICT, Penggunaan komputer, melayari internet, mencetak, mengimbas dan menyalin dokumen. Yuran keahlian adalah sebanyak RM5 untuk seumur hidup dan penggunaan peralatan komputer dan melayari internet adalah percuma. Caj yang berpatutan hanya untuk perkhidmatan mencetak, mengimbas dan menyalin. Dengan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan ini diharap dapat membantu komuniti lebih prihatin terhadap pembangunan komuniti Celik IT |
|||||
| Terakhir dikemaskini ( Isnin, 04 Mei 2009 ) | |||||
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
Info CBL 
